Monday 10 October 2011

2010 Masih Hiphop - Malique featuring Joe Flizzow


2010 masih hiphop
Mr. Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

[Korus - 2x]
Masa berlalu zaman berubah
Dia berubah mereka berubah
Orang berubah semua dah berubah
Tapi aku masih hiphop

Dah sepuluh raya masih ada gaya
Rancangan berjaya, Joe, kita hampir kaya
Too Phat dah bersara, senegara terpedaya
Mereka bina kerjaya kita dah bina empayar

Rakit-rakit sekarang kita dah belayar
Sakit-sakit sekarang kita dah dibayar
Mereka masih satu show dua ribu
Kita masih belanja duit show tahun dua ribu

Masih flow macam tahun dua ribu
Masih funky for the fellas
Huh mereka jealous
Dengan dua budak sihat
Ingat dah tamat riwayat
Kita balik ketawa sambung hikayat, checked

Kalau ku pergi, tunggu, ku pastikan kembali
Analogi taksi bila beraksi
Dari bermula ke kini lagu jadi legasi
Ku macam tangan sentiasa ada disisimu

[Korus - 2x]
Masa berlalu zaman berubah
Dia berubah mereka berubah
Orang berubah semua dah berubah
Tapi aku masih hiphop

Masih hiphop ku tetap rock
Masih boleh pop lock boleh top rock
Headspin windmill flare air tracks
Masih beli Air Force dan Air Max

Tin aerosol masih cari dinding
Boombox dentum jiran masih bising
Old skool aksesoriku diskman
Headphone backpack tuala putih wrist band

Check it out bling hayun lenggok-lenggok
Di KL masih cun awek masih mahu tengok
SG masih kerek mata air pandang
Di JKT aku masih keren tapi tambah gantang

Hiphop yeah aku masih lagi
Masih hip hiphop masih tip top
Dari dulu sampai ke kini dan sampai ke mati
Hiphop sentiasa di hati

[Korus - 2x]
Masa berlalu zaman berubah
Dia berubah mereka berubah
Orang berubah semua dah berubah
Tapi aku masih hiphop

2010 masih hiphop
Mr. Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

Apa boleh buat Flizzow suka buat
Benda yang kritik kata orang tak boleh buat
Gua tetap rap walau mereka belot
Kita jalan terus mereka jalan belok-belok

Lirik masih elok telo Kuala Lumpur
Swagger orang Johor wajib siar wajib tonton
Dua album solo 5 pengiktirafan
Tapi yang lebih penting respect dari masyarakat
Dan komunitasi hiphop terima kasih
Kerana tidak dengar dan percaya spekulasi

Joe Flizzow dan Malique kembali kolaborasi
Hello industri inilah sambungan dominasi
Ku ulang sekali lagi
Ku hiphop sampai mati
Walau sekarang hiphop uzur tapi masih belum berkubur
Boleh panggil kami doktor pakar bedah rapper plastik
Troy/McNamara Nip Tuck Too Phat masih hiphop

[Korus - 2x]
Masa berlalu zaman berubah
Dia berubah mereka berubah
Orang berubah semua dah berubah
Tapi aku masih hiphop

2010 masih hiphop
Mr. Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

2010 masih hiphop
Mr. Malique masih hiphop
Joe Flizzow masih hiphop
Too Phat masih hiphop

No comments:

Post a Comment