Wednesday 12 October 2011

Alamak - Salam featuring Altimet


Alamak, alamak, alamak, ala alamak
Alamak, alamak, alamak, ala alamak

[Salam]
Alamak aku terjatuh dalam perigi
Tiada siapa tahu, ketakutan ku bersendirian
Check kaki, tangan, kiri, kanan, semuanya OK
Tapi
Cuma tak pasti samada kepala OK
Ternampak dua tiga buku disini
Warnanya berbeza, isinya sama
Tajuknya lain, cintanya sama
Oh! Kenapa tak kita bersama?

Alamak, alamak, alamak, ala alamak
Alamak, alamak, alamak, ala alamak

[Altimet]
Aku belek buku dari dekat, aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh, kamu nampak beza
Kamu tengok cetek, kamu nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa, hanya satu pereka
Kita sudah lupa, boleh makan satu meja
Hingga kisah benar, kita gelar cereka
Kita lupa kita, hanya ingat kami dan mereka
Dan bagaimana, boleh melarat begini?
Aku kata

Alamak!

Kau kurang memahami, jadi kita semua sebut sekali lagi

Aku belek buku dari dekat, aku nampak sama
Kamu jenguk buku dari jauh, kamu nampak beza
Kamu tengok cetek, nampak hanya nama
Kerana si ular sudah bikin kamu leka
Kita sudah lupa, hanya satu pereka
Kita sudah lupa, boleh makan satu meja
Hingga kisah benar, kita gelar celaka
Kita lupa kita, hanya ingat kami dan mereka

Alamak, alamak, alamak, ala alamak
(lebih banyak yang sama)
Alamak, alamak, alamak, ala alamak
(daripada yang berbeza)

[Salam]
Alamak aku terjaga dalam perigi
Ingin ku ceritakan apa ku mimpi tadi
Kelam kabut, capai tali, terus daki, pergi lari!
Apabila ku tiba, ku ceritakan kepada semua
Mereka tak percaya, dianggap aku berjenaka
Mentang-mentang ku tak berkasut
Hanya disarungkan selipar, selipar!
Oh! Kenapa tak, tak kita!

Alamak, alamak, alamak, ala alamak
(lebih banyak yang sama)
Alamak, alamak, alamak, ala alamak
(daripada yang berbeza)

No comments:

Post a Comment